![]() Tuesday, 25 June 2013 • 11:47 • 0 comments
(K to the L dilanda Jerebu)
Woii, hangpa tinggal kt mana? Sekarang ni musim jerebu enn? Mula-mula hari tu kt Muar and beberapa kawasan lain. Tu yg cousins aku yg tinggal kt johor semua dah pakat merdeka. Sekolah ditutup siap. Mula-mula aku fikir memang lah best if cuti, tapi bosan kot duduk kt rumah.Tak dapat jumpa crush, tak dapat gossip dengan kawan-kawan. Plus, pencemaran udara seperti ini, sangat tidak elok untuk kesihatan. Harhar. K then sekarang ni dah merebak ke tempat lain pula. Seriously, depan rumah aku ni dah macam kt Genting Highland, padahal bukan kabus, jerebu je pun. Hmm for Indonesian, please lah hentikan pembakaran macam ni. Pandang lah tahap kesihatan kami yang jadi mangsa ni. If kau orang tak ambil kisah pasal kami pun, ambil kisah pasal kesihatan kau orang. Stop burning just untuk sementara waktu. I'm beg.
K actually 25 jun tetiba sekolah aku ditutup sebab jerebu ni lah enn, so 26 jun me and the rest pun datang lah sekolah macam biasa. Cuma sesetengah je yang tak datang. But pelik sikit, ada budak nerd absent..... Hahahaha lantak pi lah. So kita orang pun tak belajar sangat, waktu sejarah kita orang pujuk cikgu supaya tak mengajar. So cikgu pun bawa lah kita orang pergi library. You know what, first time aku lawan Sahiba dengan Qai, Iqa, Aida, Afiqah and Amirah, terus menang bro! Hahaha, actually aku discuss dengan sara. Harhar.... So habis waktu sejarah.
Waktu bm pula, kita orang memang malas lah enn. Harini topic komsas. Actually komsas ada kena present something, cikgu pun memang dah agihkan topic. So dengan peluang yang tak ramai sangat budak budak kelas aku yang sangat menyakai tu, aku dengan Sara pun present lah topic tu. Seriously, tersangatlah best bila present macam tu. Rasa macam cikgu pun ada. Almaklum, mengajar bebudak nerd. Hahahaha. Well kitaorang present tajuk Sajak apa jadah entah. Sebelum present, kita orang kena panggil someone untuk baca sajak tu. So I pick Syanis to read it. Hehehe, dia tu dah lah buta sajak. Lol, K masa dah habis present, aku dengan sara kena soal pula kt dia orang. So fun! Aku ingat lagi, aku and sara tanya kt Radiuddin and Rafiuddin si budak kembar tu, Norin, Izzad and siapa entah sorang lagi. So we're done. Insya Allah lepas band, hehehe. #TeamBudakPBS
Okay then, masa before balik kita orang sepatutnya duduk kt library. Tapi disebabkan library penuh, so my classmates and I kena lepak bilik APD. Hahahaha, nikmat kot. Dah lah tak ramai orang, kipas and air-cond keliling! Ahakkss. K pastu masa 15 minit sebelum balik, cikgu pun cakap siapa yang parents boleh datang ambil, dah boleh balik. Actually aku balik dengan adik aku tu naik motor je. Tapi sebab aku malas, so aku pun lepak ah situ sampai balik. Finally, hujan turun! Alhamdulillah. Happy sangat gua ni. Hahahaha, tapi masa balik, serta merta lah basah lenjun! Hahaha.
❤ Yang comel tulis cerita dalam blog, Yang hodoh baca blog. Kita harus tabah menerimanya. Yang benar lagi benar : Tiada yang benar. Kbye ![]() Friday, 21 June 2013 • 11:56 • 0 comments Pada hari jumaat yang mulia ni, aku pergi ke sekolah dengan girang. Hahahaha, tadi ennn... ennnn... Cikgu math masuk kelas lagi. Kali ni memang dia panggil nama aku. Tapi masa dia panggil aku tu, tetiba Khalid jerit "Hmm tak kenal pun!" Dengan tajam aku pandang mata dia, terus tunduk diaaaa. Hahaha, bangga dapat buat ketua pengawas tunduk ketakutan. Hahaahah, sebenarnya aku takde lah marah pun, kawan-kawan aku yang over kt belakang. Ingat aku tak dengar lah dia orang ketawa sinis. Kurang ajar. Hahahaa
K habis subjek lain apa semua, sampai lah science. Cikgu diana masuk lambat. So kita orang ni pun melepak ah apa semua. Tetiba Khalid dengan Afiq baling kertas kt kita orang. Bayangkan tengah busy bergosip, tetiba ada orang kacau daun. Kena kt aku pula tu. Sebelum tu aku ada perasan juga dia orang baling kt Qaisara apa semua, tapi bila dah kena kt aku, sampai lubang cacing aku cari orang tu. Hahaaha. Aku pun tengok lah dua budak tu, yang Afiq Athir bajet selamba kekonon memandang awan. Yang Khalid pula tertunduk ketakutan. Apa lagi, dia orang baling dua kertas, aku bagi hadiah free kt seorang satu di hari jumaat yang indah ni. Hahaha.
Sekali lagi dia orang baling, tersasar kena Sara kt sebelah aku. Sara mengamuk, dia balas dgn penuh tenaga. Malang tak berbau, badan Amir Hisyam blocking. Hahahaha, then Eja pun back-up Sara. Dia baling penutup botol kt dua ekor tu. Muka serious gila kot, macam nak pergi perang. Hahaha. Pastu tetiba cikgu diana pun sampai, dia pun suruh lah kita orang siapkan homework yang dia kasi.
By the way, masa kita orang tengah gossip tu, syanis ada bagitahu aku yang ada orang minat kt Khalid juga. Seriously, aku tak kisah pun kalau ada orang minat kt dia. Dia pun bukan laki aku, crush je pun. Setakat minat tu tak ada masalah pun. Tapi please k, ada pula yang kata you are mine, bla bla bla. Kalau please be mine boleh tahan lagi. Please k, it's not funny.. Haduhaiinya punnn......
❤ Yang comel tulis cerita dalam blog, Yang hodoh baca blog. Kita harus tabah menerimanya. Yang lawak lagi hambar : Lawak anda hambar. Kbye
![]() Thursday, 20 June 2013 • 11:33 • 0 comments
Oh Mak Aku! Sweet gilaa! K actually aku ada suka someone ni, my classmate. Dulu mamat tu chubby juga lah. Tapi sejak dia join archery, terus kurus. Takde lah kurus mana, tapi boleh lah sampai ke tahap handsome. Ahakss! K masa ni lah aku terjatuh cinta pandang beberapa kali. Harhar! Seriously aku menyampah bila cikgu panggil mamat tu or whatever yang berkaitan mamat tu, mesti kawan-kawan aku yang dah tahu ni macamm, "wooo wooo babe, pergi lah teman dia!" SERIOUS M TO THE A TO THE L TO THE U! Aku rasa dia dah tahu kot. Sejak dua tiga menjak ni, dia terus ubah hairstyle apa semua. Yang lebih parah dan tak parah langsung, menyemak betul dia sibuk nak lepak kantin sebelum masuk kelas. Dah lah masuk kawasan aku. Lewls
Tapi dah banyak kali dah dia try nak tegur aku. Seriously aku tak boleh buat muka santai macam biasa masa pandang orang yang aku minat. Nanti aku macam ♥ . ♥ Hahahaha, so aku pun selalunya sedaya upaya lah kalau dia pandang, aku buat muka serious. Pastu dia buat muka takut. Awww cute gilaaaa..... Rasa macam nak minta maaf je. Umm actually dia ketua pengawas sesi petang, aku pula Pembimbing Rakan Sebaya. So masa tengah musim cari klien hari tu, aku macam tak tahu nama penuh someone ni, then yang qaisara pun menggedik lah pergi tanya mamat yang aku minat tu. Then kita orang pun discuss sikit-sikit apa semua. Sekali berapa hari lepas tu, rahsia pecah. Aku memang ah macam kisah apa kalau dia orang nak serang aku ke apa, masalahnya kalau cikgu tahu dah macam takde tanggungjawab pula aku ni.
So aku pun ada tertinggi suara lah dekat dia. Aku tanya lah apa yang dia cakap dengan bebudak tu apa semua. Yang dia ni pun macam, sumpah aku tak bagitahu sesiapa pun. Lepas habis memekak semua, aku macam, alahaiii, dia dah tolong aku, aku boleh marah-marah dia pula. Ingatkan nak minta maaf, tapi malu lah itte.. Hahahaha. Pastu aku tengok dia layan aku mcm biasa je, so aku rasa mesti dia dah tak marah kt aku ke apa. Tapi kalau dia marah aku pun, memang tak lah aku nak minta maaf. Hahahaha
K yang tu cerita lama. By the way, aku agak bengang kalau cikgu math masuk. Seriously dah banyak kali dia sebut nama mamat tu, macam nama aku. Walaupun jauh beza, tapi memang dah banyak kali aku tersasul perasan. Sama ah macam tadi. Aku dah agak dah nama aku takde cause kelmarin aku absent. Pastu bila cikgu sebut nama mamat tu je, aku akui yang aku pun dengar yang cikgu sebut nama aku. Rupanya qaisara, syanis dengan sara pun dengar benda yang sama. Sara apa lagi, fatin! Nama kau. Automatic aku bangun. Pastu tetiba aku dengar dia orang gelak, pastu mamat tu pun bangun sekali. Terus naik api membara aku. Secara tak sengaja aku libas sara pakai pencil case norin. Serious sorry babe, spontan gilaa. Aku tak tahu bila masa aku berniat nak buat macam tu. Serious maluuu.. Tapi nasib baik semua orang tak perasan. So aku pun macam Alhamdulillah.
Tapi sebenarnya aku tak nak lah suka kt classmate sendiri. Nanti kalau nak presentation ke, belajar ke apa tak boleh focus. Macam yang Qaisara cakap, kalau dah minat kt classmate sendiri, nak buat apa-apa pun malu. Tu yang sampai tak boleh focus bagai. So mulai beberapa hari lagi aku ingat aku tak nak pandang muka mana-mana lelaki kot. Setiap detik setiap masa dengan buku je. Jadi nerd pula lepas ni. Hahahaha
❤ Yang comel tulis entri dalam blog, Yang hodoh baca blog. Yang mencinta lagi mencintai : Cinta itu dusta. Kbye
![]() Monday, 17 June 2013 • 12:59 • 0 comments
K let's talk about music. Engkau orang suka yang macam mana? Bagi aku, aku suka activiti santai macam camping, etc. So dalam activiti macam ni tak lengkap lah kalau tak ada music kan? Then kau orang pernah ke tengok orang menyanyi lagu rock? Bawa wire apa semua masuk hutan semata-mata nak jaming. Takkan? So, bagi aku, of course lah harus ada lagu-lagu santai. That's why lah kalau camping or what, orang selalu bawa gitar kan? Selain hobi, benda macam ni pun boleh relaxing kan kepala otak kita yang tengah serabut ni.
Kalau dah sebut music, mesti lah ada penyanyi favourite. K kalau aku, aku suka Juniel sebab lagu-lagu dia mostly jenis santai. Kalau tengah dengar pun boleh tertidur siap. Bagi aku lah, yang telinga batu macam engkau orang ni tak tahu lah. Hahaha. By the way aku bukannya mendahulukan artis luar negara ke, memilih ke or whatever. Tapi cara penyampaian dia orang tu, aku rasa lebih tertarik dengan lagu-lagu dia orang. Actually, lagu-lagu korea yang jenis ada unsur rock ni pun aku tak suka. Lagi serabut kepala otak aku kang. So ini lah antara lagu Juniel yang aku admire ni. ![]() • 12:23 • 0 comments
I admit that I was wrong, friend. But it didn't mean when fights happen between us, you can be kind to someone who had my back-stabbing.
Imagine kalau kau dah rapat dengan someone yang digelar kawan tak sampai setahun, yang boleh digelar ketat rapat mampat, yang boleh digelar ulat beluncas, yang family masing-masing pun dah kenal, tiba-tiba nak pindah. Apa kau orang rasa. Of course sedih kan? Macam tu lah perasaan aku, nak nak bila kawan tu bagitahu dengan riak wajah selamba macam tak ada apa-apa, yang macam tak pedulikan perasaan kita. Rasa macam dikoyak-koyakkan je hati aku ni. Rasa macam nak bagi tapak kaki je dekat muka dia. Rasa macam nak tulis apa perasaan kita kt kapak, then baling kt muka dia. Baru dia tahu, apa perasan aku ni, yang macam berkawan dengan rumput.
Even kita sayang kt rumput tu macam mana pun, dia tetap buat dekk layan daily routine dia sebagai rumput. Aku akui, lately ni aku layan dia macam mana aku layan kucing. Aku marah dia, aku kutuk dia, aku jauhkan diri dari dia. Sebab aku takut. Aku takut kalau aku dah mula rapat dengan dia semula, hati aku tak boleh terima bila dia tak ada nanti. Aku perasan juga masa kt sekolah tadi dia mula diam, tak membebel apa-apa pun dengan aku. Bila Sara tanya dia something pun dia tak jawab. Aku pun perasan juga, dia makin rapat dengan manusia yang kaki cakap belakang pasal aku. Dia tahu perempuan tu kaki cakap belakang pasal aku, cuma satu je. Dia tak tahu perempuan tu main cakap belakang juga pasal dia. Hahahaha, tak apa lah. Maybe dia rasa itu yang terbaik dan maybe dia rasa itu yang boleh buat dia happy. Okay, pergi lah. Everyone deserves to enjoy their life with their own ways.
❤ From your love and loves : There's no love. K bye
![]() Thursday, 13 June 2013 • 13:21 • 0 comments
Woii! selalunya engkau orang pergi mana cuti? Aku? Hmm duk melepak cari jodoh kt kenduri kahwin. Hahaha! K hari ni aku nak cerita pasal perbezaan cuti sem aku masa awal tahun hari tu, and cuti dua minggu baru-baru ni. Hmm masa cuti sem hari tu, memandangkan ayah aku yang amat busy tu mempunyai masa yang saaaaangat lapang, so aku pergi 5 tempat. First day masa on the way tu, kita orang lepak sat kt Bukit Tinggi, Pahang. Takde apa pun kt situ. Cuma tempat je yang cantik. Whatever, yang paling penting, ramai abang handsome. Wahahaha! Takde target lain :p Tapi serious aku cakap, ada satu family ni bajet omputih kot. Cakap english pumpang pumpang, rambut karat, and yang paling tak boleh bla, dah tahu kaki tu macam gajah, ada hati juga nak pakai skirt. Memalukan betul. Seterusnya, aku singgah kelate. Hok alohh demoo! Barang murah ohh kt sana! Tapi seperti biasa, hotel kt sana kemain penuh semuanya. Yang ada pun, macam apa je biliknya. Nasiblah jumpa satu hotel ni. Tapi jauh sikit ah dari tempat shopping. Lantak pi ah, janji aku tidur atas katil. Memang tak ah aku nak tidur dalam kereta. Tak pernah dibuat orang pergi holiday tidur dalam kereta. Lainlah kalau van yang dah siap ada dapur, swimming pool, etc. Memang takyah tanya ahhh...
K balik topik asal. Second day di pagi hari aku shoowwppeyyyinggg! Baju murah-murah kot. Tapi aku pula tengah pokai masa tu. Sempat beli beberapa je. Lepas dah shopping apa semua, ayah pun drive lah kereta ikut laluan shortcut. Sampai satu tempat ni, memang betul-betul sempadan Thailand dengan Kelantan tu. Aku pun nikmati pemandangan sambil memegang DSLR. Pula tu ada orang main motorboat sambil bawa barang. Memang syok lah aku nak ambil gambar. Tetiba aku tengok penduduk kt situ yang pada mulanya tengah busy bawa beras apa semua, tetiba terkedu tengok aku pegang camera. Rupanya dia orang tengah seludup barang nyahh! Terus naik bulu roma aku. Kelam kabut kita orang belahh daripada situ. Kang polis datang, tak memasal dengan aku sekali tidur lock-up.
Then balik tu terus kita orang pergi Jertih, Terengganu. Tidur kt rumah maklong. K actually cik dolah dengan maklong ni officemate bapa aku. Dia orang ni memang rapat gila lah. Daripada ayah single, kahwin dengan mama, aku lahir, and sekarang ni ayah dah ada dua orang anak yang tak kurang hodohnya, dan aku yang comel *perasan jap* Hahaha! Setiap level ni semua ayah pernah pergi sana. Sampai maklong punya mak pun ingat aku. Bak kata nenek, "Mana Fatin budak kecik yang comel tu? Lama dah tak jumpa" Hahahaha penat dipuji aku ni. Wakaka Tapi memang ah dia orang layan kita orang macam raja. Sampai aku tidur tak ada kelambu pun maklong risau. Aduhaii, baik betul. Sayang berjuta kali sayang, aku tidur situ satu malam je. Masa kita orang dah nak belahh tu, maklong cakap dengan aku, "Pujuk lah ayah tu, tidur kt sini. Cuti habis lambat lagi" Sesungguhnya aku benci perpisahan *feeling sat* Ahakss tapi nak buat cemana. Aku bg alasan nak kena buat homework je. Punyalah rajin enn tetiba pentingkan homework dari holiday. Padahal sebelum ni kalau tak siap homework tu, aku macam pergi meninggal lah awak.. Lol
K kita orang teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sini pun susah nak dapat hotel. Apa apa pun, Pasar Payang tetap kami kunjungi! Esoknya kita orang singgah cherating. Seriously aku paling suka masa kt sini. Tidur dalam chalet, chalet depan pantai. Serious best, kalau free lah memang setiap hari aku tidur situ. Well macam biasa pergi pantai, part time aku tangkap anak ketam. Hahahaha! Dah pastu balik, kereta aku macam kenderaan warga asing je. Penuh dengan barang.
K itu cuti sem yg hari tu. Baru-baru ni? HAHAHA duduk rumah, pergi kenduri kahwin, cari jodoh. Lewls.
❤ Yang comel tulis entri dalam blog, Yang hodoh baca blog. Yang benar lagi benar : Tiada yang benar. Kbye![]() Wednesday, 12 June 2013 • 10:31 • 0 comments
Tak jawab dosa, jawab gedik :p Hari ni hari bahagia aku. So jangan nak
berani tunjuk muka kau yang nak kata lawa, tak juga. Hodoh tu ada lah
sikit. Hahaha k I'm Joking. Actually hari ni terasa feeling lah sikit.
Tu yang sebelum pergi sekolah pun sempat susun buku sambil berangan xD K
masa tu aku tengok jam baru pukul 11.10am. So I thought that hmm lama
lagi. Pagar sekolah tutup pukul 1pm. Sempat kot pergi balik
Singapore, harhar. So aku pun sempat lagi jalan seret kaki *konon malas
tahap tembikai* ambil baju sekolah dengan malasnya, tidur jap, blabla. Dan tetiba dengan semangatnya aku nak bersiap lebih awal daripada adik lelaki aku yang mandi ala ala kerbau macam dia juga tu. Hahaha! Malang sekali, disebabkan niat buruk aku tu, tetiba aku nampak adik aku dah siap pakai kasut. Apa lagi, frust menonggeng lah aku tak boleh fight dgn kekilatan waktu mandi dia tu. Baru nak masuk bilik, tiba-tiba dengan lantangnya mama menjerit dan berkata, "Kakak! Cepat sikit! Dah nak masuk sekolah" dan dengan chillnya aku membalas, "lek lu, baru pukul...." dan tiba-tiba aku terpandang pada jam jati yang elok tergantung di dinding. Oh shit! Dah pukul 12.30 pm. Maximum aku target paling lambat pun pergi sekolah pukul 12.45pm. Macam mana aku nak mandi, pakai baju bla bla bla dalam masa 15 minit. Sepantas Ponti Anak siapa tu? Aku memecutkan diri ke bathroom. Dan akhirnya, THE MIRACLES APPEAR~~ Aku sampai sekolah tepat pukul 12.50pm. Boleh lah, lari sikit je dari target. Harhar
Alhamdulillah, sampai kt sekolah, takde apa pun yang tertinggal. Homework semua siap *rasanya lah
Masa aku sampai kt dewan terbuka tu, aku nampak syanis je tengah buat homework english. Yang lain entah mana ghaib tinggal beg je. Then Syanis pun ajaklah aku pergi kantin apa semua cause geng aku tu memang tak lain tak bukan, melantak je kt kantin, hahaha whatever to the loser. Aku baru nak menapak pergi kantin, tengok tengok dia orang baru balik dewan. Tembikai punya olangg. Buat kurus aku je jalan beberapa tapak. Membazir tenaga I tau tak? Ahakss....Then habis je baca doa semua, naik kelas macam biasa. Hoowayyy! It's Art timeee! Aku memang suka bangett bahagian art ni. Tapi satu je spoil aku cakap, cikgu aku ni tak reti nak cakap pakai gear and break. Main redah je semak samun. Memang tak lah aku nak faham cemtu enn? Tadi pun aku buat silap lagi. Aduuuu.....Nak tahu sebab apa? Alaa, nak ke? Takyah lah eh? Nak tahu juga ke? Emm alaaa, takyah lah. Apa? Nak tahu juga? Takpelah.... K deal takyah cerita pasal tu :p K akhirnya kerja aku bab subjek tu dah siap. Hooreyy!
Habis subjek art, masuk pula teacher asfarina for english subject. Lain pula kerenah cikgu english aku ni, kalau tak tanya apa apa soalan, memang tak sah. Tadi belajar topic The Healthier apa jadah entah tak ingat. Aku yang tengah mengantuk ni pun boleh buat dekk je letak textbook atas meja cemtu je. Tapi memang tak boleh lah, kalau malas sangat ni pun boleh penat juga, lol. Aku pun tanya lah Sara the vogue, mukasurat berapa apa semua. Tiba-tiba teacher tunjuk aku and tanya "Okay you! give an example to take care of themselves" . Dengan sponton aku menjawab "Jogging!" teacher puji aku. Dan terasa seperti aku antara murid yang bijak. Bangga tahap buah cempedak punya aku ni. Hahahaha! Poyo tak? *pose sikit Lol
K masuk pula subjek geo. Aku takut je cikgu perasan muka aku yang boleh tahan lawa ni *perasan jap* sebab hari tu masa aku keluar dengan Arisha dgn Sara pergi Aeon Rawang, terjumpa cikgu pula. Nasib baik aku berpakaian sopan. Kalau pakai bikini? Huiii kapkunkap silap haribulan masuk newspaper kata kau! Hahakss... So k luckily aku terselamat. by the way, last minute aku baru perasan homework yang cikgu bagi haritu, aku tak buat. Nasib baik cikgu tak minta submit you allss! Hahaha Next, Science harini kena belajar kt makmal. Dengan pantas aku ambil buku semua dan memecut kearah makmal. Dan tiba-tiba, oh man! Nobody's there. Aku pun melepak ah duduk bersila depan pintu makmal. Chill beb, hidup harus rock! Hahaha. Tengah berborak tetiba Amirah menyampuk, "Weh kau orang!" Aku macam baru nak buka mulut, then Aaaaaaaaaaaaa!! Sumpah aku ingat tikus, rupanya anak burung. Haishh burung mana tak reti jaga anak ni, lewls. Whatever dia langgar lutut aku kot. Bila kepala dah set benda tu tikus, memang badan semua habis battery, hang terus otak aku. Tak tahu nak lari mana. Sekali bila tengok betul-betul, aduhaii anak burung je pun. Tapi memang serious memalukan. First time aku jerit depan orang ramai. Ingatkan classmates lelaki semua takde lagi, rupanya ada pula mamat-mamat nerd kelas aku tu baru naik tangga. Buat parody jerit-menjerit siap. Am I care? Lantak pi lah kau skema! Hmm then cikgu pun datang and macam biasa memang confirm lah aku tidur, mata terbuka. Well, hanya orang tertentu je yang boleh buat macam tu. *kembang seperiuk crocodile jap* hahaha. Hmm science takyah cerita lah. Bosan kot. By the way, sebenarnya niat aku hari ni memang suci sebab aku nak ganti puasa. Tapi tak tahan kot dah pukul 4pm, rehat kt kantin with the girls. Kalau aku pergi library pun sorang-sorang malu kot. Tetiba aku macam ooppss, terbeli Milo Ais pula. Sekali lagi ooppss tak sengaja beli roti. Hahaha masa tu aku macam ragu-ragu je nak makan. Dan bila aku meneguk sedikit Milo Ais, terasa macam, woii bangang! Lagi tiga jam je nak berbuka woii! Hmm terasa bangang pula. Tapi apa kan daya, air liur yang diludah sudah dimop oleh makcik cleaner. Menangis air mata darah pun Ponti Anak Dia tak kisah. Whatever. Then masa nak balik kelas tu, aku jalan dengan Shyuhaida, aduhaii ada khalid pula kt situ. Masa aku nak naik tu jet jet lah khalid jalan lembab lembab. Ingat aku tahan ke tengok orang lembab. Memang aku pecut potong dia. Dah pula dia jalan cecepat sebelah aku kt tangga. Mentang-mentang aku pakai kain. Kalau aku pakai track bottom lah, memang satu bangunan aku langkah. Yang Shyuhaida pun kurang asam. Sengaja je dia jalan lambat-lambat nak kasi khalid masuk line. Tak guna betul. Lol ❤ Yang comel tulis entri dalam blog, Yang hodoh baca blog. Yang benar lagi benar : Tiada yang benar. Kbye ![]() Monday, 31 December 2012 • 08:53 • 0 comments
Hi fellow viewers ,Semalam me and my family went Jom Heboh at Bukit Jalil . Kebetulan pula live tv show 'Melodi' kt sana . Kira rezeki lah ni kan . Tapi masa tu tgh iklan , so pengacara nya tengah rest lah kan . Itu pun ramai juga orang berkumpul kt situ . So I tengok dari jauh je lah kan ? Nampak juga , Abang Awal Ashaari and Abang Zizan Raja Lawak . Both of them were so handsome . Cair je tengok hidung mancung Abang Zizan . Tapi tengok je lah dari jauh , nak ambil gambar tak nampak sangat . So kami pun jalan dulu pusing pusing area Bukit Jalil tu . Tetiba mama kata nak balik pula cause penat . Tapi I kuatkan juga nak cari artis , hehehe . Then masa tgh jalan tu ayah kata ada Abang Zizan Raja Lawak kt tempat Mamee Slurrpp . Terus cepat je I jalan ke stage dia . Tapi sebelum tu kalau I nak ambil gambar dgn Abg Zizan kena beli produk baru Mamee Slurrpp tu sampai 5 bag . Okay , I pun bayar apa semua , dapat pula hamper abang Zizan bagi . Rezeki wehh rezeki . Hahaha . So lepas dah beli I pun naik atas stage tu dgn ayah . Masa sebelum ambil gambar tu , ayah cakap kt abang Zizan 'Poyo kau zizan eh ? Hahaha' Then abang zizan jawab 'Ya bang , poyo bang . Hihihi' Lol , tapi honestly , abang zizan tu memang tersangatlah sporting . Hehehe , this is the prove that we met him :3 #TeamZizan #TeamZizan #TeamZizan Hahaha , masa ambil gambar tu otak I macam blurr sangat . Tak tahu nak cakap apa . Sebelum tu dah ingat nak minta number phone xD At last terlupa pula . Hihihi . Actually masa ni artis ada tiga orang je yang I jumpa , Abg Awal Ashaari , Abg Zizan and Kak Mimie Haris . Itu pun masa dah tengahari sikit Abg Awal dah takde . Ingatkan ada lah Kak Anzalna ke apa , tapi takpe lah . Jumpa abg zizan pun dah okay . Selama ni kalau I adore mana mana artis memang sekali pun I takkan pernah jumpa . Kalau macam artis yang minat biasa biasa tu ada lah juga . Ni kira first time lah kan jumpa artis favourite :p Okay , ni semua hasil dapaan nya . Hahaha , ayah jeling je :p 6 bag merah belah kanan tu lah yang I beli masa nak ambil gambar dengan Abg zizan tu , and that hamper tu , mahal tau ? Abang zizan bagi :p Hahaha , okay thats all . XOXO FS ! ![]() Tuesday, 25 December 2012 • 09:44 • 0 comments
C
I N T A ? Siapa yang tak perlukan cinta ? Aku pun perlukan cinta .
Hahahh , belum masanya lah braderrr . I don't know why , budak zaman
sekarang ni suka sangat bercintan monyet . Setakat baru 13 tahun wehh ,
masak air pun hangus -.- Bagi makan sup katak nak ? Seriouse aku cakap ,
makan sup katak boleh buat otak kita rasa geli geli . Nak try ? Mehh ,
bak datang sini aku bagi ahh ? Haha , okay , berbalik pada cerita asal .
Engko ni berak pun mak engko yang basuh , ada hati nak cakap sehidup
semati bagaii . Haihhh -.- Okayy , adik adik kakak kakak , dengaq sinii
nohh ! Engko orang tu baru budak sekolah kay , I nasihatkan supaya anda
semua dapat belajar dengan penuh yakin supaya berjaya dunia akhirat . Oh
yeah ! Ecehhh , haha .
Tapi betul lah kan . Daripada korang bercinta , pelajaran ketinggalan ,
otak bodoh , habis sekolah clash , kan dah hidup merana . Masa depan
runtuh , kata nak sehidup semati , tapi engkau mati dulu . Manusia
sekarang ni takde yang boleh percaya , maybe sekarang memang dia niat
nak kahwin dengan korang , tapi maybe satgi nampak pompuan lagi gorgeus ,
bergetah dari korang , kan dah jadi awekss tunggal . Take note , I am
not joking . Ini advice okay . Bukan senang nak dapat advice dari sepupu
Izara Aishah ni . Lol :p Okay , actually I pun pernah dengar orang kata
, dalam Islam 'COUPLE' itu berdosa , tapi who cares ? Orang zaman
sekarang ni kebanyakannya pahala diketepikan , dosa diutamakan kan ? Am I
right ? Who with me ? *krik krik* Okay , korang memang nak menganiayai I
kan ? Takpe , akan kubalas pada suatu hari kelak . mhahaha , okay joke .
So , apa kata korang try untuk jadi yang lebih baik dan terbaik ? Itu
kan lebih bagus . Couple , kahwin , itu semua belum masanya . Biarlah
cinta itu datang sendiri bila masanya nanti . Sekarang ni dunia memang
betul betul gila bahbiy punya maju , opah minah pun boleh joget gangnam
style rite ? Haha , mau patah senduk opahh . Ooppss , maafkan sayaa ,
saya memang suka merepek :p Okay , aku memang suka membebel panjang
panjang bila idea datang dan datang .
Who cares , blog I , I punya suka ah nak post banyak mana . Siapa suruh
baca ? Elehh , engko kalau artis laju je kan ? Aku perli engko :p Okay ,
dah lah , muntah hijau dah aku tengok muka kau ,haha , kay joke . Okay ,
I dah malas nak taip apa apa lagi dah . Rosak jari I tahu ? :p Okay ,
bye guys . Siapa yang baca entry ni waktu malam , I said Gudnite ! Siapa
yang baca waktu pagi , I said Gudmorning , kaybye ! Siapa yang baca
tengah hari , I said lantak engkau lah , siapa suruh menyibuk . Haha ,
joke again . Kbye ! XOXO ! FS
|
This owner ♥
Thank for coming
![]() WelcomeMood : I'm Bored -.- Status : Me know me cute :p [Change with your own words] Chating here ♥
Leave your footprint here
![]() Awesome people ♥
Thank for following me
![]() Credits ♥
Don't ever remove the credit
![]() Template:Izyanyancinnamon Other help:B L O G S K I N Best View:Google Mozilla Owner blog: Your Name Remember!!dont remove this section!! |